Tuesday 15 July 2014

Ciri-ciri murid pemulihan

Murid-murid pemulihan khas mempunyai bermacam ciri yang membezakannya dengan murid-murid lain yang tahap pembelajarannya adalah normal di dalam kelas.

Ciri-ciri kanak-kanak pemulihan juga boleh dikelaskan kepada 5 kategori, iaitu emosi dan tingkahlaku, sosial, kesihatan, kesediaan belajar dan pengamatan.

Antara ciri-ciri murid pemulihan khas adalah seperti berikut:
a.  
 1) Emosi dan Tingkahlaku

  • Mempunyai perasaan rendah diri dan risau.
  • Mempunyai perasaan sedih, hiba atau duka.
  • Cepat berasa bosan atau jemu terhadap pelajaran.
  • Mempunyai perasaan takut akan perkara-perkara baru.
  • Bersikap degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka melawan.
  • Bersikap pasif.
  • Malas

2) Sosial

  • Sentiasa berasa gelisah dan selalu bergerak di dalam bilik darjah serta mengganggu kawan-kawan.
  • Lemah / kurang interaksi dengan rakan.
  • Mempunyai perangai ganjil seperti gemar menghisap atau menggigit jari/kuku.
  • Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan.
  • Suka berbohong dan kadang-kadang mencuri.
  • Hyper aktif.

3) Kesihatan 

  • Tidak bertenaga serta kurang zat makanan.
  • Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang (gemuk/kurus).
  • Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan).
  • Lemah gerakan motor-kasar dan halus.
  • Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk.
  • Kurang menjaga kebersihan diri.


4) Kesediaan Belajar

  • Belum bersedia untuk belajar.
  • Perbendaharaan kata kurang.
  • Lemah pemahaman.
  • Kurang keyakinan diri dan rangsangan.
  • Kurang matang – IQ tidak seimbang dengan umur hayat.

5) Pengamatan

  • Tidak boleh mengenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan.
  • Lemah terhadap pendengaran bunyi dan rentak.
  • Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah.
  • Lambat mengelaskan benda atau nombor.
  • Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru.
  • Tidak dapat menyelesaikan masalah.
  • Sukar mengambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang.
  • Tidak dapat membuat kerja-kerja yang kreatif.
  • Lemah pergerakan dan perbuatan.
  • Lemah daya pemikiran/ingatan.
  • Tidak boleh mengingat kembali apa yang telah dipelajari.
  • Sukar untuk membuat kenyataan am

No comments:

Post a Comment